SUSU TEPUNG KELULUSAN PPIM
"susu tepung biomil adalah susu tepung kanak-kanak pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)...ianya di jamin HALAL dan berkualiti tinggi...."
Garamtisu Biokimia Schuessler
Garamtisu Biokimia Schuessler telah diperkenalkan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, seorang berbangsa German. Penemuan garamtisu ini terbukti berkesan dan selamat samada berbentuk pemakanan kesihatan mahupun perubatan.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler mendapati bahawa kelicinan fungsi tubuh bergantung kepada adanya zat-zat kimia dalam juzuk-juzuk yang seimbang. Analisis yang dijalankan ke atas darah dan tisu-tisu lain di dalam tubuh menunjukkan adanya 12 garam mineral utama yang terdapat di dalam tubuh. Apabila kandungan zat-zat tersebut tidak seimbang ataupun berkurangan, maka fungsi tubuh menjadi terganggu.
Akibatnya timbullah simtom-simtom. Berpandukan kepada simtom-simtom yang dizahirkan, seseorang pengamal boleh mengetahui garam mana yang berkurangan atau berada dalam keadaan tidak seimbang. Oleh hal yang demikian, cara untuk mengembalikan fungsi tubuh agar kembali menjadi normal, adalah dengan mengembalikan zat-zat kimia atau garamtisu yang diperlukan oleh tubuh. Setelah ini dilakukan, maka pulihlah tubuh seperti sediakala menjadi sihat dan hilanglah simtom-simtom penyakit tersebut.
Sumbangan Biomil Kepada Kecemerlangan Minda Si Manja
a) Mencerdaskan Akal
Dengan kebaikan fosfat – fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang kurang bijak.
b) Menguatkan Ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kapada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis dan keperluan, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium fosfat, Kalium fosfat dan Magnesium fosfat. Kombinasi fosfat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium merupakan kandungan penting di dalam Biomil.
c) Menambah Tenaga Mental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia yang terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.
Kebaikan garamtisu Schuessler di dalam Biomil
- Kecergasan dan kecerdasan
- Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
- Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
- Membuang bahan toksik dalam badan.
- Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
- Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
- Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
Kalsium
- Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
- Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
- Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
- Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
- Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
- National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
- Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang.
Vitamin D
- Menguatkan tulang dan gigi
- Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)
Vitamin B12
- Dianggarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini.
Fosforus
- Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi.
- 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi.
“Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas di dalam hati sepertimana jejari menyapu peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan kelupaan”
Maklumat Produk
Nama | : | Rumusan Susu Tepung |
Jenama | : | Biomil |
Berat | : | 300g & 900g |
Kategori | : | Susu Tepung Untuk Membesar |
Bahan Mentah | : | Susu Lembu New Zealand |
Ramuan | : | Pepejal susu rendah lemak, Laktosa, Vitamin Mineral dan kombinasi khas fosfat-fosfat Kalium, kalsium dam magnesium (Garamtisu Biokimia) sesuai untuk kesihatan fizikal, emosi dan minda si manja dan disediakan mengikut teknologi Elecromagnetic Molecular Signaling (EMS). |
Rupabentuk | : | Tepung susu berwarna kuning cerah dan mudah larut |
Kesesuaian | : | Bayi berumur 1 tahun ke atas
Tidak sesuai kepada bayi di bawah 6 bulan |
Penyediaan | : | 4 scoop (30gm) untuk 200ml air masak suam
3 – 4 jamuan sehari |