Monday, November 22, 2010

" HALAL" dan" HARAM" bukan mainan.....

Produk Halal dan Haram



Baru-baru ini saya berpeluang mendengar ceramah produk halal dan haram oleh Tn Hj Shaharudin Hj Nordin pengasas Syarikat JISHAH CORPORATION (M) SDN. BHD. sebuah syarikat yang ditubuhkan atas dorongan dan permintaan untuk menerapkan konsep perniagaan dan pengilangan yang memenuhi landas-landas Islam.

Ceramah yang diberikan secara bersahaja ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Saya akan pastikan selepas ini produk-produk HARAM tidak akan masuk ke dalam tubuh saya, suami , anak-anak dan rumah saya.

Subhanallah, rupa-rupanya begitu banyak sekali produk bercop HALAL yang sebenarnya TIDAK HALAL berada di pasaran. Sebelum ini, saya ada juga mendengar terdapat produk yang HALAL tetapi TIDAK HALAL. Namun saya tidak begitu mengendahkan perkara ini kerana selagi produk berkenaan ada logo HALAL saya yakin ia HALAL. Rupa-rupanya saya silap besar. Selepas mendengar ceramah, baru saya disedarkan. BARU PADAM MUKA SAYA!!!

Mengapa boleh terjadi begini? Saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak. Cuma saya sebagai seorang Islam perlu LEBIH BERHATI-HATI agar tidak tertipu lagi. Di sini saya ingin berkongsi produk-produk yang kononnya HALAL. Jika saya tidak berkongsi dengan sesiapa, ramai umat Islam yang akan termakan atau terguna produk-produk HARAM ini.

Pernah makan 'jejari ketam' atau 'crab stick'? Bentuk macam jari-jari putih dan atas berwarna merah jingga. Hendak tahu warna merah jingga tu apa? Itu sebenarnya darah BABI (Maaf. Saya tidak mahu gunakan perkataan KHINZIR, sopan sangat. Binatangnya tetap sama, tetap HARAM). Jangan risau, saya pun dah kenyang makan crab stick ini. Antara benda lain yang tidak boleh dimakan yang mengandungi ekstrek atau lemak BABI ialah sumi jeli, cumi kiki, sugus, fruittella, karamel, maggi, ajinomoto, keju, laici dalam tin, cendawan butang dalam tin, kacang pis dalam tin (Rujuk buku HALAL HARAM- Panduan Persatuan Pengguna Pulai Pinang.) Kalau fakta-fakta dalam buku ini tidak betul, sudah lama syarikat-syarikat terlibat menyaman Persatuan ini!

Pernah makan gula-gula macam gula-gula getah yang anjal itu (ada dijual di Giant, ditimbang ikut gram? Gula-gula yang berwarna warni dan disalut gula putih. Itu sebenarnya kulit BABI! Subhanallah...Saya selalu makan gula-gula ini.


Barangan rumah yang tidak boleh digunakan pula ialah Breeze, Fab, Colgate (walaupun, sehingga kini masih mengaku HALAL), Axion, Febreeze, keluaran Lever Brothers, Unilever, dsb. Sabun-sabun kain atau mesin basuh ini serta sabun cuci pinggan mengandungi lemak babi. Itu sebabnya banyak buih-buih terhasil. Berkilat pinggan mangkuk kita....SSSYYIIUUTT..bunyinya.

Milo pun tidak boleh diminum kerana ada lemak babi. Anak-anak saya selalu memesan milo ais setiap kali kami makan di luar. Ya Allah, sedihnya....

Untuk pengetahuan semua, cop HALAL di Thailand sebenarnya dikeluarkan oleh Persatuan Buddha Thailand dan bukannya orang Islam. Jadi berhati-hatilah. Kalau hendak senang lagi, jangan beli langsung (Di sini saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Syarikat JISHAH dan HPA) kerana saya kini sudah ada pilihan dalam membeli produk-produk makanan dan kegunaan dapur.

Coke dan Pepsi pun jangan minum. HARAM kerana mengandungi kandungan ALKOHOL yang tinggi.

Sebenarnya saya sudah lama tidak minum Coke dan Pepsi kerana pada awalnya hendak memboikot produk Israel. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kempen boikot produk Israel...

Sebaik tiba di rumah selepas mendengar ceramah, saya terus buang sabun Breeze dan sabun basuh pinggan ke dalam tong sampah. Malam itu juga saya bergegas ke stokis HPA di Greentown, Ipoh. Taubat! Taubat! Saya tidak sanggup memakai pakaian dan pinggan mangkuk yang disalut dengan binatang yang terkenal kerana H1N1 (sebutan saintifiknya bukan main canggih! Babi tetap Babi).

Atau mungkin, wabak Selesema Babi ini musibah dari Allah Taala kerana terlalu ramai umat Islam yang telah terguna produk yang terkandung BABI di dalamnya. Wallahualam.


diambil dari blog DARI KACA MATA......

TAHUKAH ANDA BANYAK KOSMETIK DIPASARAN TIDAK " HALAL"...

Tahukah anda banyak kosmetik di Malaysia yang tidak Halal dan terdapat produk yang telah dikatakan "HALAL " tetapi sebenarnya tidak halal.....seperti produk dari prosesan uri bayi ....ada sesetengah produk untuk menegangkan kulit selama beberapa jam untuk pergi ke Majlis makan malam sanggup menggunakan di muka produk dari unsur haram seperti uri bayi dan gelatin khinzir....anda perlu perhatikan setiap kandungan nya sebelum memakainya........di sini satu produk yang tidak mengandungi barangan yang " Haram" malah tidak "SYUBHAH"....

Puteri Kosmetik & khasiat minyak biji anggur


Puteri kosmetik adalah rangkaian produk penjagaan & kecantikan kulit keluaran 100% Bumiputra Islam di mana ianya dijamin BERSIH,SUCI, BERKUALITI dan HALAALAN THOYIBBA. Rangkaian Puteri Kosmetik menggunakanMINYAK BIJI ANGGUR sebagai bahan asas dan digabung bersama ramuan herba semulajadi, vitamin dan mineral sekali gus mampu membersih, menghaluskan kulit, merawat dan memuli, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit kusam, menegangkan dan menganjalkan kulit serta awet muda tanpa kesan sampingan.
PUTERI KOSMETIK amat sesuai untuk semua jenis kulit remaja, dewasa, wanita dan lelaki serta sah digunakan untuk solat.

UNUK NASIHAT SAMA ADA BARANGAN HALAL TERSEBUT ATAU TIDAK SILA RUJUK KEPADA KAMI........KAMI SEDIA MEMBANTU......
0132001524

Sunday, November 14, 2010

KHASIAT MINYAK BIJI ANGGUR (exp : cancer)

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati!!! Amalkan
Minyak Biji Anggur untuk hindari radikal bebas yang mengakibatkan Cancer 



Minyak Biji Anggur Perahan Sejuk. Ia adalah agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan membantu menguatkan sistem imun anda menurunkan kolasterol menghalang pembetukan darah beku memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.

"Minyak Biji Anggur mengandungi OPC terbaik & tertinggi dalam  sumber semulajadi. OPC's ialah antioksida yang utama dan penting & mempunyai kekuatan 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C"

MINYAK BIJI ANGGUR adalah semulajadi, serta tiada kesan sampingan. Nikmatilah kelebihan kandungan OPCnya yang tinggi iaitu satu agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun anda, menurunkan kolasterol, menghalang pembetukan darah beku dan memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.

Firman Allah bermaksud.”Kami adakan di bumi kebun-kebun yang berisi pohon-pohon kurma dan buah-buah anggur dan kami pancarkan di sana mata air, supaya mereka makan buah-buahnya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tiadakah mereka berterima kasih (kepada kami).”

Manafaat kesihatan OPC

Bertindak sebagai antiopengoksida yang unggul dengan melindungi sel di dalam badan daripada dimusnahkan oleh radikal bebas
- Menurunkan paras kolasterol LDL, dengan itu risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang
(serangan jantung, angin ahmar,edema dan trombosis
-Mengurangkan pengumpulan platelet, dengan itu menurunkan risiko arterioklerosis
-Meningkatkan kekuatan dan kekenyalan salur darah, melindunginya daripada pecah, kebocoran
dan degenerasi dalm badan.
-Merencat pembengkakan (ederma) dan keradangan.
-Melegakan masaalah berpunca daripada vena varikos.
-Mengurangkan ketidakselesaaan wanita berkaitan dengan PMS dan putus haid.
-Mengurangkan kecenderungan ke arah Retinopati Diabetes.
-Memperbaiki kesihatan kulit dengan mengurangkan kerosakan, meningkatkan bekalan nutrien
dan meningkatkan kekenyalannya.






Harga M'sia Barat : 100 ml - RM90.00 (10 BV) & M'sia Timur : RM100.00 (10 BV)
Harga M'sia Barat : 250 ml - RM178.00 (20 BV) & M'sia Timur : RM188.00 (20 BV)
Kandungan : 100ml dan 250 ml Kelulusan : MAL06081235TC



HUBUNGI : 0132001524 @  email : halalmalaysiaproduk@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

PENGENALAN TERHADAP IMP








ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE
 
IMPworlds.Com - Kami Pengeluar Dan Pengilang Produk-Produk ”Halalan Thoyyiba” Bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice) ialah suatu piawaian yang bertaraf pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah ISLAM.
 
Piawaian IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi dan memenuhi Piawaian yang telah ditetapkan ke semua badan-badan dan pengilang-pengilang seperti berikut :-
 
JAKIM
Kementerian Kesihatan Malaysia
Good Manufacturing Practice
ISO
Persijilan dari Eropah
 
Maksud Hadis :
 
” Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya tidak ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.... ”
 
 KELEBIHAN PENGUSAHA IMP
 PENGUSAHA IMP
 
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ”Halalan Thoyyiba” Mestilah :
 
Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarikat
Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak.
Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna muslim semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T
Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
 
 SITUASI KILANG & BAHAN
 
Susunan dalam kilang mengikut syariat
Tidak ada muzik
Ada Nur bacaan Al-Quran
Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
Contohnya : bersih lagi suci iaitu mengunakan air muktlak.
 
 PEKERJA KILANG IMP
 
Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya (menutup aurat)
Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
Mengetahui tentang air muktlak dan air mustakmal.
Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca proses pengilangan.
sentiasa ada air wudhuk.
Mesti memulakan dengan Bismillah dan Doa-doa khusus.
Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
Perempuan yang Haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian yang lain.
 
 HIKMAH IMP
 
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani.
 
Memadai dengan wudhuk yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita ....
 
Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah.
Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul.
Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu